Mutakhir ini semakin ramai artis kita bertudung. Kalau dulu terdedah sana-sini, kini sudah menutup aurat malah sering menyertai majlis ilmu. Sha tabik hormat dengan rakan artis yang berhijrah. Golongan ini wajar jadi ikutan anak muda.
Di sebalik perubahan positif itu ada juga perkembangan sebaliknya. Kalau dulu bertutup litup sekarang tudung pun sudah melayang, kain yang labuh semakin singkat.
Aduh, tepuk dahi!
Minggu lepas, ada teman terserempak dengan Wan Nor Azlin di lokasi penggambaran drama Tesis Terakhir untuk RTM. Tak berkelip biji matanya melihat perubahan ketara pelakon yang pernah popular satu ketika dulu.
Kalau tak bertudung rasanya semua orang sudah sedia maklum tetapi apa yang lebih mengejutkan, dia memakai gaun paras lutut.
Dalam drama itu, dia pegang watak ibu dan tidak perlu pun tampil seksi. Ketika itu Wan Nor Azlin bergegas mahu ke lokasi penggambaran drama Persis Bidadari terbitan Suhan Movies & Trading untuk TV9. Biarpun tergesa-gesa, dia masih sempat bertegur sapa dengan kru di situ.
Sampai ke hari ini, kawan Sha masih tertanya-tanya kenapa pelakon kesayangannya itu berubah begitu sekali. Apa sudah berlaku sehingga semakin singkat pakaiannya?
Sebagai pengikut setia Wan Nor Azlin, dia lebih suka dengan gaya pelakon itu yang cukup manis sebelum ini. Itu lebih molek dipandang. Kalau perubahan itu ada kaitan dengan kerja, ia sesuatu yang mengecewakan.
Alasan sukar mendapat watak andai bertudung dan memakai ikut syariat tidak lagi relevan kerana kita ada stesen TV yang mewajibkan wanita menutup aurat. Dengan syarat itu, banyak syarikat produksi berlumba menerbitkan drama serta telefilem Islamik.
Maka peluang terbuka luas, cuma kenalah rajin mencari ruang. Tidak dinafikan masih ada pengarah dan penerbit pandang pelakon bertudung sebelah mata tetapi majoriti sudah berfikiran terbuka. Soal bertudung atau tidak bukan lagi isu kerana apa yang perlu lebih dipentingkan adalah bakat.
Kalau lakonan bagus, letaklah di mana pasti boleh hidup. Cuma, janganlah goyang kaki tunggu tawaran sebaliknya rajin-rajinlah mencari peluang. Ringankan mulut bertanya, pasti ada yang hulurkan tawaran.
CAK@Hmetro