Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Paksa bogel lepas samun

$
0
0
Gambar hisan
Ledang: Seorang penjaja makanan ringan warga Thailand berdepan detik mencemaskan apabila dia bukan saja disamun, malah dipaksa berbogel sebelum ditinggalkan di Kampung Padang Lalang, dekat sini, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang Deputi Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, lelaki berusia 20-an itu sedang berniaga di bandar Tangkak, di sini sebelum didatangi seorang lelaki yang kononnya mahu mendapatkan perkhidmatan urutan untuk rakannya.

Kata Mohamad Salleh, mangsa yang turut mencari nafkah mengambil upah mengurut tidak mengesyaki apa-apa lalu bersetuju mengikut lelaki berkenaan menemui rakannya.

“Mangsa membonceng motosikal lelaki itu dan dibawa ke satu lokasi di kampung berkenaan.

“Bagaimanapun, apabila tiba di tepi belukar di kampung berkenaan, suspek memberhentikan motosikal dan seorang rakannya yang menunggu di dalam semak terus keluar dari tempat persembunyian.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129