![]() |
Komissioner perlawanan, Zainal Mukri mengadakan sidang akhbar berhubung penangguhan perlawanan antara JDT dan T-Team di yang hanya berlangsung selama 45 minit, malam tadi. |
Tindakan pasukan pelawat bertindak demikian ekoran berlaku pertelingkahan di antara jurulatih kecergasan T-Team dengan pengendali pasukan JDT, Cesar Fernando Jimenez yang mendapat campur tangan pemain serta pihak pengurusan pasukan selepas tamat separuh masa pertama ketika mahu memasuki bilik persalinan.
Ketika permainan tamat di babak pertama, JDT mendahului T-Team dengan jaringan 2-1 melalui Luciano Figueora pada minit ke-16 dan 21 manakala gol tunggal T-Team dijaringkan Mohd. Marzuki Yusof.
Kami akan menghantar laporan rasmi perlawanan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT FAM) dan mereka akan memutuskan sama ada perlawanan akan diteruskan dengan jumlah jaringan setakat ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan dibatalkan, semalam.
Seawal minit pertama, JDT bertali arus menyerang pasukan pelawat dan akhirnya berjaya membolosi gawang pihak lawan pada minit ke-16 melalui jaringan pemain dari Argentina, Figueroa yang menguis masuk sepakan percuma rakan senegara, Pablo Aimar.
Berselang lima minit, Figueroa yang merupakan bekas pemain kelab Greece, Panathinaikos menggandakan kelebihan buat Harimau Selatan setelah menanduk masuk hantaran menarik Aimar pada minit ke-21.
T-Team dihadiahkan sepakan percuma setelah Evaldo Rodrigues dikasari ketua pasukan JDT, Baihakki Khaizan pada minit ke-27 dan mereka berjaya merapatkan kedudukan melalui rembatan jarak jauh ketua pasukan T-Team, Mohd. Marzuki Yusof.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140202/su_03/Aksi-JDT-T-Team-panas#ixzz2s7Bwyy5h
© Utusan Melayu (M) Bhd