![]() |
Gambar biasa |
Tertuduh, Hanip Hassan, 50, yang memakai pakaian lokap mengangguk faham dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan anak tirinya berusia 15 tahun pada pertengahan Jun 2012 dalam kejadian kira-kira 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Ampangan, dekat sini.
Manakala bagi pertuduhan kedua pula, Hanip didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan terhadap remaja yang sama pada awal Disember lalu, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, juga di rumah yang sama.
Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan.
Siti Khairiah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,700 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula pada 28 Februari depan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkifli.