Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

PKR perlekeh pengundi PRU-13

$
0
0
MELAKA 28 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan tidak jujur dalam perjuangan, sebaliknya hanya memperlekehkan rakyat yang telah membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron berkata, pemimpin parti pembangkang itu dengan mudahnya melepaskan jawatan yang diamanahkan oleh rakyat hanya kerana kepentingan politik seseorang.

"Saya nampak mereka seperti sedang mempermain-mainkan pilihan rakyat, apabila dengan sewenang-wenangnya meletak jawatan atas kepentingan politik seseorang.

"Ini adalah bukti PKR hanya mementingkan peribadi seseorang dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat di atas segalanya, jika selama ini mereka kata meletakkan rakyat di atas ternyata mereka menipu," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan RM100 kepada 160 murid sekolah rendah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang di Japerun Sungai Udang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129