KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) berkuat kuasa 1 Januari lepas.
Reezal, 42, menggantikan Datuk Dusuki Ahmad yang bersara pada 29 Disember lepas selepas berkhidmat selama 10 tahun.
Perwakilan Lembaga AmanahRaya, Datuk Johar Che Mat berkata, pelantikan Reezal oleh Kementerian Kewangan dibuat dengan teliti berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang profesional dan politik.
"Ahli Lembaga Pengarah Amanah Raya amat yakin bahawa Reezal merupakan calon yang sesuai bagi menerajui syarikat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Johar berkata, pengetahuan Reezal dalam bahasa Arab dan kesusasteraan memberi petanda baik bagi menerajui Yayasan AmanahRaya yang menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar cemerlang bagi melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Reezal yang merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam industri perbankan dan pelaburan.
Beliau pernah berkhidmat di Bank Industri Malaysia Berhad dan Kuwait Ijarah House serta bertanggungjawab mengendalikan kemudahan pembiayaan kewangan bagi dua bank berkenaan yang berpengkalan di Jeddah dan Kuwait.
Dalam bidang politik, Reezal pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Reezal juga merupakan Ketua Umno bahagian Kepala Batas, anggota Majlis Tertinggi Umno dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang.
AmanahRaya merupakan syarikat peramanahan tertua dan terulung di negara ini yang dikorporatkan pada tahun 1955.
Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pengurusan perwarisan yang merangkumi penulisan, penyimpanan dan pelaksanaan wasiat, pentadbiran harta pusaka dan perkhidmatan peramanahan. - Bernama