Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

(Gambar) Kanak-kanak perempuan dibunuh kejam di Terengganu

$
0
0
Dungun: Curiga dengan bau busuk yang datang dari sebuah rumah kosong di Taman Permint Seri Paka Fasa Dua di sini, seorang pengawal keselamatan yang membuat pemeriksaan terkejut apabila menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan di rumah berkenaan, semalam.

Difahamkan, ketika itu pengawal keselamatan berusia 31 tahun terbabit sedang melakukan rondaan di kawasan perumahan yang sudah hampir siap dan belum diduduki itu sebelum menemui mayat kanak-kanak itu jam 3.20 petang apabila memeriksa tandas rumah kosong berkenaan.

Sumber berkata, berdasarkan keadaan mayat yang mula mengembang dan mengeluarkan bau busuk, kanak-kanak itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh antara dua hingga tiga hari.

"Terkejut dengan penemuan ngeri berkenaan, lelaki terbabit tanpa berlengah memaklumkan perkara itu kepada majikannya," katanya.
Laporan polis kemudiannya dibuat pihak pengurusan taman perumahan berkenaan di Balai Polis Paka dekat sini, sejurus selepas itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

"Masih terlalu awal untuk memaklumkan perincian mengenai kes ini dan polis masih melakukan siasatan," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129