Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

'Skandal' bijih timah

$
0
0
Semenjak beratus-ratus tahun dahulu bijih timah telah ada di Tanah Melayu. Bijih timah di jumpai di dalam sungai. Bijih timah bercampur dengan tanah dan lumpur.

Dahulu orang Melayu mengaut tanah mengandungi bijih timah dan mengeluarkan bijih daripada ketul-ketul tanah itu. Bijih timah dijual kepada orang yang berkehendakkannya. Cara mencari bijih timah pada mulanya menggunakan dulang. Cara ini mengambil masa. Hasilnya pula sedikit.

Orang Cina datang ke Tanah Melayu untuk berniaga menaruh minat terhadap bijih timah. Ramai di antara mereka mula bekerja dalam sektor itu. Sebelum memiliki lombong sendiri mereka bekerja di bawah tangan pembesar-pembesar Melayu. Orang Cina memulakan penggunaan pam berantai untuk mengeringkan air daripada lombong bijih supaya bijih timah mudah dipungut. Pada tahun 1826 ramai orang Cina datang ke Tanah Melayu. Mereka menjadi peniaga dan pelombong bijih timah di sini.

Kebanyakan lombong bijih Tanah Melayu terletak di Sungai Ujong, Larut, Lembah Kinta dan Kuala Lumpur.

Sebab-sebab lain Orang Cina meninggalkan negara mereka dan berhijrah ke Tanah Melayu ialah kerana pada kurun ke-18 peperangan selalu berlaku di China. Keadaan hidup mereka sangat susah. Mereka tahu mereka boleh mencari rezeki dengan mudah di Tanah Melayu kerana Tanah Melayu aman dan stabil. Banyak saudagar Cina menjadi kaya raya hasil daripada lombong bijih. Tauke lombong mengambil pekerja dari China untuk bekerja di lombong mereka. Pada tahun 1874 sahaja seramai 37,000 (ini yang direkodkan sahaja) orang buruh cina datang ke Tanah Melayu.

Ada di antara orang Cina ini ahli kongsi gelap yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kumpulan-kumpulan mereka. Ahli kongsi gelap tertakluk kepada undang-undang dan peraturan pertubuhan mereka yang kejam. Kongsi gelap menguasai bekalan buruh dari China ke Tanah Melayu. Kerapkali berlaku pergaduhan antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berbeza. Perang Larut ialah salah satu persengketaan yang dimulakan oleh pergaduhan antara kongsi gelap yang akhirnya memaksa campur tangan British di Larut kerana kapal dagang British sering dirompak lanun.

~dipetik daripada buku Tawarikh Sekolah Rendah Darjah 6, 1978

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129