Kuala Lumpur: Hasrat pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei untuk bersara penghujung tahun ini tidak mendapat restu Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Presidennya Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, sekiranya Chong Wei masih berada dalam keadaan yang baik serta bebas daripada sebarang kecederaan, badan induk itu berharap pemain berusia 31 tahun dapat meneruskan kariernya sebagai pemain.
Menafikan BAM ‘cemas’ dengan pengumuman mengejutkan Chong Wei itu, Tengku Mahaleel menegaskan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pemain yang baru memenangi saingan Siri Super Premier Terbuka Malaysia itu dalam masa terdekat.
“Itu hasrat dia (Chong Wei) saja. Kita (semua) ada banyak hasrat.
“Kadang-kadang saya nak pergi ke bulan, tapi tak boleh. Apapun, nanti kita akan bincang dengan dia.
Presidennya Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, sekiranya Chong Wei masih berada dalam keadaan yang baik serta bebas daripada sebarang kecederaan, badan induk itu berharap pemain berusia 31 tahun dapat meneruskan kariernya sebagai pemain.
Menafikan BAM ‘cemas’ dengan pengumuman mengejutkan Chong Wei itu, Tengku Mahaleel menegaskan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pemain yang baru memenangi saingan Siri Super Premier Terbuka Malaysia itu dalam masa terdekat.
“Itu hasrat dia (Chong Wei) saja. Kita (semua) ada banyak hasrat.
![]() |
TENGKU Mahaleel (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Pengarah Kumpulan XOX Berhad, Datuk Eddie Chai (dua dari kiri). |