Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

SMS ajak lakukan seks, wanita buat laporan polis

$
0
0
Gambar hiasan
Bagan Serai: Seorang wanita kini ketakutan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah yang mengajaknya mengadakan hubungan seks, diterima dari nombor tidak dikenalinya.

Mangsa, dikenali sebagai Norlin, 24, dan bekerja di syarikat swasta, di sini, berkata, SMS itu diterimanya beberapa hari lalu, hingga membuatkan dia berasa tidak selamat serta bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku kepadanya pada masa depan.

Norlin berkata, dia menerima pesanan lucah itu jam 12.30 tengah hari Sabtu lalu, daripada nombor yang tidak dikenali.

"Saya langsung tidak mengenali pemilik nombor telefon itu dan pada awalnya menjangka mungkin ia tersalah hantar kepada saya.

"Apbila nombor itu cuba saya hubungi, pemiliknya tidak mengangkat panggilan, malah menutup telefon bimbitnya sehingga ke hari ini," katanya, semalam.

Menurutnya, perkara itu juga dimaklumkan kepada ibu bapanya dan mereka turut mencuba menghubungi nombor berkenaan namun tidak berhasil.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129