![]() |
Muhamad Azan Safar |
Jelas Azan, walau apa pun yang terjadi, beliau akan tetap meneruskan perjuangan tersebut bagi memastikan nasib rakyat terbela dek kerana kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat kini.
“…sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa segala apa yang terjadi ini tidak akan memberhentikan saya dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) untuk terus memperjuangan nasib rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup kini.
“Kempen ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ akan terus berjalan dan Himpunan amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 ini akan diteruskan.
Mengulas perkara yang sama Azan menegaskan bahawa gerakan tersebut sama sekali tidak terlibat di dalam agenda Himpunan Guling Kerajaan.
“…saya menegaskan bahawa Turun sama sekali tidak terlibat di dalam agenda Himpunan Guling Kerajaan dan Turun sentiasa menghormati sistem demokrasi berparlimen di negara kita,” katanya menerusi kenyataan medianya.
Azan, baru-baru ini ditahan polis, namun telah dibebaskan setelah ditahan selama 20 jam.