PETALING JAYA: Agensi pengambilan pekerja asing yang tidak bertanggungjawab membuat keuntungan segera dengan mengeksploitasi rakyat Malaysia yang terdesak untuk mendapatkan pembantu rumah dengan mengenakan bayaran setinggi RM14,000 untuk seorang pembantu rumah Indonesia.
Ini adalah hampir dua kali ganda berbanding kadar RM7,800 yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia.
Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata mereka yang terdesak untuk mendapatkan pembantu rumah sanggup membayar yuran yang lebih tinggi yang dituntut oleh beberapa agensi walaupun ia melanggar perjanjian di antara dua kerajaan.
"Agensi-agensi ini adalah lanun. Saya percaya ramai di antara mereka sama ada tidak berlesen atau bukan ahli persatuan agensi pengambilan utama bagi kedua-dua negara.
"Agensi yang merupakan ahli Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) dan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia dipantau mematuhi apa yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan mereka yang melanggar kadar siling dikenakan tindakan disenaraihitamkan oleh kementerian jika didapati bersalah," kata Engku Ahmad.
Pada September, Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mengurangkan yuran bagi pembantu rumah Indonesia dari RM8,000 kepada RM7,800.
Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bersetuju untuk membenarkan Papa dan rakan sejawatannya di Indonesia, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apjati) untuk merumuskan satu memorandum persefahaman (MoU) bagi pembekalan pembantu rumah Indonesia ke Malaysia yang telah dipersetujui.
Pembantu rumah Indonesia mendapat permintaan yang lebih di kalangan rakyat Malaysia kerana bayaran pendahuluan untuk mereka adalah lebih rendah kerana adanya perjanjian antara dua kerajaan yang menetapkan bayaran agensi manakala pembantu rumah Filipina lebih mahal kerana yuran mereka ditentukan mengikut kuasa pasaran semata-mata.
"Ramai yang tidak mempunyai pilihan dan membayar apa yang diminta agensi kerana ketiadaan pembantu rumah untuk isi rumah yang suami dan isteri berkerja boleh menjejaskan produktiviti mereka di tempat kerja dan kehidupan mereka secara umum," katanya, sambil menambah terdapat 200,000 rakyat Malaysia berada dalam senarai menunggu pembantu rumah sehingga kini.
Di Ipoh, seorang ejen pengambilan pembantu rumah berkata MoU yang ditandatangani berasaskan 'perniagaan dengan perniagaan' akan memberi agensi kebebasan dalam menetapkan yuran.
"Jika kita boleh membuat perubahan kepada jumlah itu, sudah tentu kami akan melakukannya. Mungkin sehingga RM10,000 untuk memadankan dengan jumlah bayaran yang dikenakan untuk mengupah seorang pembantu rumah Filipina," katanya.
Seorang lagi ejen berkata, bayaran RM7,800 yang dikenakan ke atas pelanggan untuk mengupah seorang pembantu rumah Indonesia adalah termasuk tiga bulan gaji.
"Ia adalah cukup-cukup untuk menampung kos dan bayaran kepada rakan-rakan kami di Indonesia," tambah beliau.
Di Kuala Lumpur seorang majikan berkata beliau membayar RM14,900 untuk mengambil seorang pembantu rumah Indonesia.
Ini termasuk yuran agensi sebanyak RM11,000 selepas mendapat diskaun sebanyak RM300 dan RM4,200 gaji yang dibayar terlebih dahulu.
"Saya tidak mempunyai pilihan selain membayar jumlah tersebut kerana saya amat memerlukan pembantu rumah dengan segera," katanya.
Di Pulau Pinang ibu kepada tiga orang anak yang berkerja, Choi Ji Nee,40, berkata beliau membelanjakan RM12,000 baru-baru ini untuk mengupah seorang pembantu rumah Indonesia.
"Jumlah itu termasuk bayaran agensi sebanyak RM7,800 dan bayaran untuk tiket penerbangan dan pasport.
"Selepas membayarnya, saya berfikir sama ada dia benar-benar boleh melakukan kerja-kerja rumah. Lebih buruk lagi jika dia melarikan diri, kita tidak akan dapat menuntut apa-apa daripada agensi," kata Choi.
Di Johor Baru, ejen yang mempunyai pejabat di Taman Pelangi berkata kebanyakan rakyat Malaysia sanggup membayar lebih dari RM8,000 untuk mengupah pembantu rumah Indonesia kerana mereka amat memerlukannya.
"Bagaimanapun, tidak ada pembantu rumah Indonesia yang boleh diambil - sekurang-kurangnya buat masa ini.
"Kami sebenarnya menunggu rakan-rakan kami di Indonesia untuk membekalkan pembantu rumah.
"Tidak banyak yang kami boleh lakukan sekarang kecuali menunggu berita daripada agen-agen kami di sana (di Indonesia ) untuk menghantar pembantu rumah kepada kami," kata ejen itu.