JOHOR BAHRU: Deejay radio popular, Linda Onn, 36, atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dipercayai akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.
Bagaimanapun, beliau gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.
Namun, deejay stesen radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di kampung halamannya di sini secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di sini. - Utusan Malaysia