![]() |
ORANG ramai mengangkat seorang pemuda yang cedera parah selepas dibelasah penduduk di Taman Padang Jaya di Kuantan, Pahang semalam. |
Perbuatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan seorang rakannya itu disedari oleh penduduk selepas alat penggera keselamatan yang dipasang di pintu masjid berkenaan berbunyi pada pukul 1 pagi.
Ketika kejadian, rakan pemuda itu dapat melarikan diri dengan motosikal manakala dia yang tidak sempat berbuat demikian telah dibelasah di kawasan perumahan di Taman Padang Jaya, 200 meter dari lokasi kejadian.