Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Guan Eng naik 'stim' menipu rakyat tanpa segan silu!

KUALA LUMPUR – Meskipun tanpa sebarang bukti yang sahih dan nyata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berterusan menyebarkan dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah berlangsung dengan penipuan dan penyelewengan.

Beliau tanpa segan silu mendakwa pakatan pembangkang sebenarnya telah memenangi pilihan raya tersebut dengan berpegang kepada undi popular yang diperoleh sedangkan umum mengetahui Malaysia mengamalkan sistem parti yang memperoleh paling banyak kerusi Parlimen akan membentuk kerajaan Persekutuan.

Guan Eng yang ternyata masih enggan menerima hakikat kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada 5 Mei lalu turut menggariskan empat tohmahan yang kononnya menyebabkan Barisan Nasional (BN) menang pada PRU13.

“BN sepatutnya kalah pilihan raya baru-baru ini kalau bukan kerana politik wang untuk membeli undi oleh BN, memanipulasi sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berat sebelah, laporan media yang tidak adil dan salah guna jentera kerajaan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng dalam pada itu mendakwa 5.6 juta pengundi pembangkang tidak gentar dengan amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya mereka yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya negara ini supaya meninggalkan Malaysia.

Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang melancarkan operasi menangkap aktivis dan pemimpin pakatan pembangkang baru-baru ini sebagai kesilapan besar.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa pakatan pembangkang akan fokus dalam menjadikan negeri yang ditadbir iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan model kerajaan negeri yang cekap, akauntabel dan telus di Malaysia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129