
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr. James Jemut Masing berkata, struktur BN sedia ada adalah sesuai memandangkan Malaysia mempunyai rakyat pelbagai kaum.
Katanya, parti tunggal BN mungkin menyebabkan asimilasi kumpulan etnik lain seperti Iban dan Kadazan, sekali gus melenyapkan suara mereka dalam politik.
"Saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana parti-parti komponen BN sedia ada kini sudah berada dalam posisi yang baik, tidak perlu diubah-ubah atau digabungkan.
"Kita kena lihat perkara ini dengan lebih menyeluruh sebab kaum minoriti di Sabah dan Sarawak juga perlu mempunyai saluran dan parti mereka sendiri," katanya di sini semalam. -