Seorang pegawai polis wanita, Brigadier EG, 29 dari unit trafik cuba membunuh diri dengan minum racun serangga setelah dicekup berkhalwat oleh suaminya sendiri.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di Semarang, Jawa Tengah. Suami EG dan beberapa pegawai polis menyerbu bilik hotel berkenaan setelah mendapat satu laporan mengenai perkara berkenaan.
EG dicekup bersekedudukan dengan seorang lagi pegawai dari unit patrol, Brigadier K. Ketika serbuan dilakukan, pasangan tersebut berjaya meloloskan diri.
Pegawai bertugas terpaksa mengejar mereka dan menemui kereta pasangan tersebut di sebuah mini market. Menurut saksi, kereta milik EG itu sudah berada di situ sejak tiga hari yang lalu.
EG kemudian dilihat menghubungi seseorang sambil menangis. Sekitar jam 2.30 petang, pihak polis menemui EG dalam keretanya yang terkunci dengan mulut yang berbuih.
EG dipercayai cuba membunuh diri dengan racun serangga yang dibelinya dari mini market tersebut. Oleh kerana dalam keadaan pengsan, EG dikejarkan ke hospital untuk terima rawatan lanjut.
Sementara itu, K telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Infospesial