SHAH ALAM: Pemaju hartanah mendakwa kos pembinaan rumah mampu milik yang tinggi menjadi faktor mengapa mereka beralih kepada projek pembangunan bernilai tinggi.
Bendahari Kebangsaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) NK Tong semalam berkata, kos pembinaan rumah mampu milik kini bernilai di antara RM150,000 dan RM180,000, di mana kos tersebut tidak termasuk kos tanah.
Katanya, pemaju hartanah mampu melaksanakan pembangunan rumah mampu milik hanya sekiranya kos tersebut dikurangkan, antaranya melalui pemberian tanah untuk pembangunan.
"Malah untuk mereka, agensi kerajaan, sudah banyak itu kos - wakil itu menunjukkan kosnya yang tinggi, kami tidak boleh jual lebih murah lagi..Kamu harus cari kaedah untuk turunkan kosnya."
"Salah satu (caranya) ialah kos tanah, satu lagi ialah dengan membiarkan kerajaan membinanya. Kerana kerajaan tidak perlu membuat untung, ia melakukannya untuk alasan sosial", Tong berkata demikian semasa sesi dialog berhubung pembangunan bandar anjuran Kementerian Kewangan sebelum ini.
Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) sebelum ini memberitahu transaksi hartanah jenis rumah di Lembah Klang mencatatkan peningkatan sejak 2010 daripada RM30.65 bilion kepada RM37.5 bilion pada 2012.
Permintaan tinggi adalah daripada rumah jenis teres dan peningkatan yang cukup tinggi direkodkan pada jenis pangsapuri.