Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Pejabat agama tak tegas laksana arahan Majlis Fatwa

$
0
0
Kuala Lumpur: Majlis Fatwa Kebangsaan membidas pejabat agama negeri yang tidak tegas melaksanakan arahan Mufti dan Sultan dan Raja terhadap Hatijah Aam yang didakwa mengembangkan ajaran al-Arqam versi baru di negara ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin, menegaskan pejabat agama negeri sepatutnya boleh bertindak kerana kesalahan melanggar perintah mufti, sekali gus ingkar nasihat Sultan kerana wujud unsur ajaran yang pernah diharamkan pada 1994 itu.

Katanya, fatwa sudah diwartakan yang jelas menyatakan apa saja yang berkaitan ajaran itu boleh diambil tindakan, boleh didakwa dan dipenjara.

“Mahu kaji apa lagi? Mahu bukti apa lagi? Semua bukti dan keterangan ahli sudah banyak, malah bukti paling nyata ialah pihak berkuasa Arab Saudi sendiri sudah menahannya 45 hari sebab dipercayai mengembangkan ajaran sesat.

“Menurut fatwa pada 1994, kumpulan ini diminta bertaubat dan perlu dinasihati Sultan sebelum diambil tindakan pemulauan. Apa tindakan pemulauan yang telah dibuat?

“Sepatutnya selepas 27 tahun arahan Majlis Fatwa dikeluarkan, pejabat agama negeri sudah boleh menahan dan mendakwa Hatijah dan mengharamkan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Jangan takut ambil tindakan

“Bukannya membiarkan dia terus mengembangkan aktiviti sehingga keadaan semakin parah dan sukar dikawal. Islam suruh cegah dulu bukan sudah berlaku nak bertindak,” katanya kepada BH semalam.

Justeru, Abdul Shukor meminta pejabat agama negeri jangan takut atau ragu-ragu untuk mengambil tindakan bagi menyelamatkan ramai lagi mangsa penyelewengan oleh Hatijah.

“Fatwa cukup jelas semua bentuk pertubuhan, aktiviti, syarikat yang mempunyai hubung kait al-Arqam dan menyeleweng boleh disabitkan kesalahan di bawah beberapa enakmen kesalahan jenayah syariah yang telah diwartakan.

“Tugas Majlis Fatwa ialah mengeluarkan fatwa selepas kajian dan penyelidikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pelaksana undang-undang diserah kepada pejabat agama negeri masing-masing.

“Banyak kesalahan agama dan tindakan memperlekehkan agama Islam merebak di negara ini kerana pihak bertanggungjawab takut melaksanakan undang-undang. Buat apa hanya ambil keterangan tetapi selepas itu lepas saja.

“Kesalahan agama boleh dikenakan hukuman maksimum penjara bertahun-tahun mengikut kesalahan. Laksanakan sebagai usaha memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya.

BH semalam melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata majlis agama Islam negeri diarah bersiap sedia menghadapi sebarang situasi, termasuk kemungkinan mengambil tindakan terhadap kumpulan itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Latest Images

Trending Articles