Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Hutan jadi sarang maksiat

$
0
0
Gambar hiasan
SIK - Walaupun Kampung Seberang terletak berhampiran pekan Sik, namun kehidupan penduduknya tidak pernah tenteram kerana jalan masuk ke kampung berkenaan dikelilingi semak samun seperti hutan.

Kawasan seluas kira-kira satu hektar itu kini menjadi sarang judi dan maksiat bagi pasangan muda mudi yang masuk ke dalam kawasan berkenaan menggunakan motosikal.

Penduduk kampung, Mohd Kamarulzaman Wahab, 51, dia telah beberapa kali terserempak dengan pasangan yang leka bermadu kasih di dalam hutan berkenaan.

Menurutnya, walaupun tempat itu berhampiran tapak pasar malam tetapi masyarakat tidak sedar bahawa yang hutan berkenaan menjadi ‘port’ maksiat.

“Dari main judi, seks bebas sehinggalah pencuri turut menjadikan hutan ini tempat persembunyian mereka apabila dikejar polis.

“Macam-macam saya pernah jumpa dalam semak ni, termasuk beg tangan wanita dan kabel,” katanya.
Mohd Kamarulzaman menunjukkan jalan masuk ke hutan berkenaan.
Sementara itu, penduduk yang terdiri daripada ibu bapa sangat risau dengan keselamatan anak mereka apabila mendakwa pernah berlaku kejadian cabul kanak-kanak sekolah tahun lalu di kawasan hutan berkenaan.

Penduduk, Rohana Ahmad, 45, dia terpaksa menghantar dan menjemput anaknya ke sekolah setiap hari kerana risau kejadian itu akan berlaku kepada dua anaknya.

“Kami tiada pilihan lain kerana ini jalan utama dari kampung untuk keluar menghantar anak ke sekolah.

“Orang mudah ambil kesempatan di jalan yang dikelilingi hutan seperti ini, tambahan pula tiada lampu jalan di sini,” katanya.

Selain masalah sosial, penduduk turut mendakwa rumah mereka sering dimasuki haiwan berbisa seperti ular dan lipan dari hutan berkenaan.

Hal itu diutarakan Ramlah Ismail, 78, iaitu rumahnya sudah beberapa kali dimasuki ular, malahan ada ahli keluarga nyaris dipatuk reptilia itu ketika berehat di ruang tamu.

“Saya harap pemilik tanah ini dapat membersihkan kawasan berkenaan demi keselamatan penduduk di sini," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129