Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129
↧

DAP setuju adakan pemilihan CEC semula

$
0
0
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Setelah mendapat tekanan dari pelbagai pihak termasuk akar umbi serta segelintir pemimpin parti, DAP akhirnya akur keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Pengerusinya, Karpal Singh berkata, DAP membuat keputusan demikian bagi ‘menyelamatkan’ parti itu daripada dibatalkan pendaftaran.

"Kami telah mengadakan mesyuarat CEC malam tadi dan sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula demi kepentingan jangka panjang parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Karpal, DAP terpaksa mengalah walaupun merasakan arahan ROS tidak mengikut lunas undang-undang.

Malam tadi DAP mengadakan mesyuarat sekali lagi di ibu pejabat mereka di Jalan Pudu bagi membincangkan arahan ROS yang mahu pemilihan semula.

ROS pada 30 Julai lalu mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan berkenaan selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP selain mendakwa tidak diberi kerjasama ketika siasatan dijalankan.

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. - UTUSAN ONLINE

↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Latest Images

Trending Articles