Quantcast
Channel: Pilihan Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129
↧

Desak siasatan awam, DAP cuba langgar undang-undang ROS

$
0
0
SHAH ALAM: Selain badan bukan kerajaan (NGO), bekas Senator DAP turut menempelak DAP yang mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengadakan siasatan awam.

Tunku Aziz menyifatkan tindakan Penasihat DAP Lim Kit siang itu sebagai usaha untuk memanjangkan isu ini dan cubaan untuk melanggar undang-undang yang tertakluk di bawah ROS.

"Kenapa perlu ada siasatan awam? Mereka (DAP) seharusnya mematuhi apa yang terjadi, mereka sebenarnya cuba memanjangkan isu ini apabila sepatutnya bertanggungjawab apabila mengeluarkan pelbagai alasan kepada yang lain pula.

"Ini adalah desakkan mereka dalam mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh ROS sendiri," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Malah beliau berkata siasatan awam itu tiada keperluan untuk diadakan ekoran parti itu sendiri yang mencari masalah apabila membuat semula pembetulan keputusan CEC pada Januari lalu.

"Mereka dilihat agak gembira untuk melanggar undang-undang tambah lagi mereka adalah satu parti yang mempunyai kuasa di Pulau Pinang, bahkan
mereka adalah ahli parlimen sepatutnya patuh pada undang-undang tetapi dalam kes ini mereka dilihat gembira untuk tidak akur pada arahan yang dikeluarkan oleh ROS.

"Siasatan awam ini sebenarnya tidak diperlukan langsung memandangkan ROS sudah melakukan siasatan terhadap dakwaan yang dibangkitkan oleh ahli DAP sendiri, jadi kenapa perlu membazirkan wang rakyat dengan mengadakan siasatan awam yang dikira tidak diperlukan itu," katanya.

Pada Julai lalu ROS mengeluarkan arahan rasmi kepada DAP untuk mengadakan pemilihan baru CEC DAP berikutan aduan oleh ahli-ahli parti yang pilihan raya Disember lalu telah dicemari oleh penyelewengan.

DAP bagaimanapun enggan menurut perintah dan seterusnya menuntut sebab untuk mengadakan pemilihan baru parti diadakan.

DAP selain itu juga mendakwa bahawa ROS tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah yang sedemikian.

Tidak berpuas hati dengan arahan ROS, Kit Siang sebaliknya mendesak ROS mengadakan siasatan awam yang sekaligus didakwanya boleh mendedahkan sebarang penyelewengan dan penipuan dalam pilihan raya dan juga membuktikan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuat pembohongan dan tuduhan palsu terhadap DAP.

Kit Siang selain itu mendakwa bahawa DAP telah sepenuhnya bekerjasama dengan ROS dalam menjelaskan masalah teknikal yang dialami semasa pilihan raya apabila dakwaan yang pertama timbul.

"ROS menerima penjelasan yang memuaskan seperti mereka (DAP) tidak menerima apa-apa permintaan untuk penjelasan lanjut," katanya.

Sementara itu Antarapos berusaha untuk menghubungi Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman bagi mendapatkan ulasannya bersabit desakan mengadakan siasatan awam oleh DAP, tetapi beliau gagal dihubungi.
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9129

Latest Images

Trending Articles