PENULIS tidak pastilah kalau ada sesiapa yang memberi perhatian kepada cadangan Setiausaha Agung (tidak diiktiraf) DAP, Lim Guan Eng kelmarin yang mahu Malaysia membawa masuk pasukan pengaman PBB untuk membantu mengawal keselamatan di negara kita.
Sebagai pihak yang bersungguh-sungguh mahu Ordinan Darurat dihapuskan dan pesalahnya dibebaskan keluar, sudah tentu DAP terasa kesan dari gesaannya itu sekarang dan dengan itu cuba menutup kesalahan tersebut dari menjadi perbualan rakyat dengan membangkitkan cadangan paling bodoh dalam sejarah seperti ini.
Yang anehnya, penulis buat pertama kali bersetuju dengan DAP yang campur tangan PBB diperlukan di negara ini, tapi bukan dalam soal tentera pengaman, sebaliknya pemerhati pilihanraya antarabangsa - untuk mengawasi dan mengesahkan pemilihan Jawatankuasa Ekskutif Pusat (CEC) parti tersebut yang bakal diadakan semula nanti.
Ini penting sebab sistem pemilihan DAP kini sudah setaraf dengan sistem pemilihan di negara dunia ketiga seperti Papua New Guniea, Somalia dan sebagainya, dimana keputusan boleh berubah selepas sebulan dengan alasan masalah komputer (Microsoft Excel).
Apa murah punya alasan macam itu? Tak canggih langsung, tapi itulah yang berlaku.
Hakikatnya, dalam keadaan DAP mahu rakyat Malaysia ini percaya (terbukti boleh tahan jugaklah yang cukup bodoh untuk percaya) BN mampu bawa 40,000 pengundi dari Bangladesh masuk ke negara ini untuk mengundi dalam PRU13 yang lepas, dia sendiri guna alasan paling bangang dalam sejarah untuk menjustifikasikan kesilapan dalam pemilihannya sendiri!!
Maka itu, penulis yakin campur tangan PBB memang sesuai dalam keadaan macam ini. Dan sememangnya pemerhati pilihanraya dari PBB ini banyak main peranan dalam memastikan pemilihan yang adil berlaku di negara-negara dunia ketiga yang ada masalah macam yang berlaku dalam pemilihan DAP sekarang.
Pengikitrafan PBB atas kesahihan pemilihan DAP itu nanti sangat diperlukan supaya tidaklah pertubuhan siasah lain dalam negara ini terpalit dengan kesan buruk dari cara DAP mengendalikan pemilihannya.
Kita tidak mahu sementara negara ini diiktiraf dalam landasan yang betul untuk menjadi negara maju, rakyat bijak dan sebagainya, tapi ada pulak wujud parti politik yang bab kira undi perwakilan yang tak berapa nak ramai itu pun boleh tersilap juga.
Buat malu kaum saja.
Maaflah, kalau ada yang rasa cadangan penulis ini bodoh (bawak pemerhati PBB untuk awasi pemilihan DAP), suka nak disebut disini ia memang sengaja dibuat begitu (nampak bodoh) supaya setaraf dengan cadangan sama oleh Guan Eng kelmarin.
mykmu.net